Di sebuah desa tinggal satu keluarga miskin . Ketua keluarganya dipanggil Pak Belalang
kerana anaknya bernama Belalang . Pak Belalang bekerja mencari kayu di hutan dan
isterinya mengambil upah menumbuk dan menampi beras . Jika mereka berdua bekerja
,barulah mereka sekeluarga dapat makan . Suatu hari ,Belalang bermain agak jauh
hingga di sekitar istana dan dia berasa iri hati terhadap kehidupan anak-anak raja yang
mewah . Dia mencari idea untuk mengatasi kemiskinan mereka .
Suatu hari ,Belalang telah mencuri beberapa helai pakaian gundik raja yang
sedang dijemur , lalu disembunyikan di tengah hutan . Dia juga mengatakan kepada
anak-anak raja bahawa ayahnya seorang ahli nujum . Dayang-dayang memberitahu raja
bahawa pakaian mereka hilang dan raja menyuruh ahli nujum untuk meramal lokasi
pakaian itu disorok . Pak Belalang dipanggil ke istana untuk meramal pakaian gundik
raja yang hilang . Pak Belalang membakar dupa dan berpura-pura memejamkan mata
seolah-olah sedang mencari ilham dan memberitahu keberadaan pakaian tersebut . Raja
telah memberi upah kepada Pak Belalang kerana berhasil menemukan pakaian tersebut .
Suatu hari ,Belalang melihat raja sedang bergurau dengan seekor burung kuwau
dan kelihatannya raja sangat menyayanginya . Belalang telah mencuri burung itu dan
disembunyikan ke tengah hutan . Raja sangat murka setelah burung kesayangannya telah
hilang dan dia memerintahkan Pak Belalang untuk mencari burung kuwau itu . Pak
Belalang dapat menemukan burung tersebut setelah diberitahu oleh anaknya dan telah
diberi upah oleh raja .
Raja telah memanggil Pak Belalang kerana seorang saudagar telah kehilangan
tujuh peti barang berharganya dan jika Pak Belalang tidak dapat menemukan barangan
tersebut ,dia akan dibunuh . Pak Belalang telah meminta tempoh selama tiga hari untuk
menyelesaikan masalah ini . Pak Belalang telah menangkap pencuri itu yang bernama
Nafsu dan Badan . Beberapa bulan kemudian ,datang sebuah kapal ke negeri itu .
Nakhoda kapal itu sengaja singgah ke istana untuk mengadu nasib dengan mengajukan
beberapa pertanyaan . Jika raja dapat menjawabnya ,kapal dan isinya akan diserahkan
kepada raja , tetapi jika raja tidak dapat menjawab persoalannya separuh kerajaan raja
menjadi milik nakhoda itu .
Pertanyaan yang pertama ialah menentukan ujung dan pangkal sebatang kayu .
Soalan yang kedua ialah meneka yang mana satu anak itik jantan dan betina . Raja
meminta tempoh selama tiga hari untuk mencari jawapan . Raja kemudiannya
memanggil Pak Belalang untuk menjawab soalan tersebut dan jika Pak Belalang tidak
dapat menjawabnya ,Pak Belalang sekeluarga akan dibunuh . Pak Belalang berasa
kecewa dan melarikan diri dengan masuk ke sungai . Pak Belalang telah tersangkut pada
tali kemudi kapal nakhoda tersebut dan dia telah mendengar percakapan antara jurumudi
dengan jurubatu yang berkisar tentang jawapan yang dicarinya . Pak Belalang kembali
semula ke rumah dan telah menghadap raja untuk menjawab pertanyaan nakhoda itu .
Pak Belalang telah meminta para pembantu menyediakan sebuah pasu yang berisi
air . Kemudian Pak Belalang memasukkan kayu yang dibawa nakhoda itu perlahan-lahan
ke dalam pasu . Salah satu ujung kayu itu tenggelam terlebih dahulu . Menurut Pak
Belalang ,kayu yang tenggelam itu adalah bahagian pangkalnya . Bagi jawapan yang kedua ,Pak Belalang mengatakan anak itik yang masuk ke dalam pasu terlebih dahulu
adalah itik jantan dan diikuti itik betina . Raja berasa lega kerana tidak menyerahkan
sebahagian istananya kepada nakhoda tersebut . Suatu hari , raja telah menyuruh Pak
Belalang meneka benda yang berada di dalam genggamannya . Pak Belalang mengeluh
sambil menyebut nama anaknya . “Wah ,Belalang , aku tidak dapat lagi bertemu dengan
Belalang!” . Raja berasa gembira kerana mempunyai ahli nujum yang handal . Sejak
saat itu , kesejahteraan keluarga Pak Belalang dijamin oleh raja sampai akhir hayatnya .